Monday, 12 November 2012

HADIAH YANG PALING BERMAKNA


Pada 10 November yang lalu, aku telah menyambut ulang tahun yang ke-20. Sedar tak sedar, aku dah masuk 20 tahun. Dah tua dah aku ni kan, tapi perangai macam budak-budak lagi. Hahaha. Korang mesti tertanya-tanya, hadiah apekah yang aku dapat sampai hadiah itu di 'title' kan sebagai hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku?

Hadiah itu bukan berupa wang, aksesori, barang-barang yang mahal ke, gadget ke atau apa-apa aje yang berbentuk fizikal. Hadiah tak semestinya berbentuk fizikal kan? Hadiah tu sangat bermakna dalam hidup dan dianugerahkan oleh Allah kepada aku.

Mula-mula aku merasakan ianya tidak layak diberikan kepada aku, tapi akhirnya aku menerimanya dengan penuh kesyukuran yang teramat. Apelah yang aku dok bebelkan ni dan buat korang penuh dengan tanda tanya mcm gini 
???????????????????????????????????
hehehe

Rileks la, jangan kelam kabut. Pada 9 November yang lalu, sehari sebelum hari jadi aku yang ke-20, malam tu pukul 4 pagi, aku tak tido lagi. Aku dok best layan cite korea "King 2hearts" sampai final episode. Pastu, tiba-tiba tergerak hati aku nak tengok facebook jap sebelum tido. Aku tengok dalam wall kawan-kawan aku ramai naik status pasal result da keluar. Aku pun pelik, takkan da keluar, sebab final exam aku baru je abis 18 Oktober haritu.

Takkan secepat tu boleh keluar kan? Ingat nak tido je terus, sebab takut giler nak tengok result. Nak tak nak, aku gagahkan diri aku untuk tengok jugak. Bagi aku tengok sekarang atau esok, tetap sama jugak. Tak ada yang bertukar. Aku pun tengok la email aku. Sah la dah keluar result dari UiTM. Menggigil kepala lutut nak tengok. Aku pun tengok la jugak. Aku berdoa supaya dapat result yang elok. Kalau aku tak dapat pun, aku tetap akan terima jugak, yang penting dah berusaha, doa dan tawakal.

 Sungguh tak percaya ape yang aku dapat!!!

Aku dapat 4 flat? Unbelieveable. Alhamdulillah aku ucapkan kepada Allah. Sesungguhnya hadiah ini tidak ternilai. Tidak pernah termimpi untuk mendapat sebegini punya tinggi. Hanya mempunyai angan-angan sebelum ni tapi merasakan diri tidak layak nak dapat. Sebelum ni pun result yang paling tinggi hanya lah 3.72 sahaja. Pastu terus naik jadi 4 flat. Alhamdulillah syukur :)

Result untuk kesemuanya dari part 1 sampai part 5 pun agak tinggi dan mencapai ape yang aku nak untuk CGPA. Ini adalah hadiah yang terhebat dan paling bermakna sempena hari jadi aku. Result ni juga ku hadiahkan untuk ibu bapa aku yang sudah banyak berkorban wang ringgit dan masa untuk aku sepanjang aku belajar ni. Result ni untuk mak abah tau. :)

Sekarang ni baru aku tahu tak ada yang mustahil untuk kita dapatkan sesuatu tu asal kan kita berusaha dengan gigih, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Sebanyak mana kita usaha, sebanyak itu, kita akan dapat ape yang diusahakan tu.

 You can do it!


Aku pun tidaklah sepandai mana. Walaupun kita tak pandai, kita kena berusaha sampai dapat ape yang kita impikan tu. Tak semestinya orang yang pandai akan terus pandai. Kalau dia tak berusaha, dia akan jatuh juga. Tak semestinya orang yang bodoh akan terus bodoh kan. Kalau dia berusaha, dia akan pandai juga satu hari nanti. Aku pernah tempuhi kegagalan, dan kegagalan tu mengajar aku untuk terus bangkit dan bangkit.

Dan aku sedar nape kegagalan diberikan kepada aku dahulu. Ia supaya mengajar aku berubah dan pertingkatkan lagi ape yang dah ada. Aku mengaku, dulu macam bajet pandai jugak la. Satu hari tu, aku tempuhi kegagalan. Aku pun renungkan kenapa aku dapat result yang teruk semasa part 3. Ia kerana aku ada mempunyai sifat bajet pandai walaupun result masa part 1 dengan part 2, tidak la setinggi mane. Rendah je. Tak sampai 3.6 pun. 

Mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku supaya jangan bongkak, riak dan berbangga yang terlampau. Aku mula belajar dari kesilapan yang lalu. Dan Alhamdulillah ape yang aku dapat sekarang ni melebihi dari yang cukup. 

Bulan disember nanti aku akan jadi part 6. Wahh seronoknya jadi senior nanti. Nanti da boleh grad dan dapat segulung diploma. Moga-moga masa part 6 nanti aku dapat result yang baik jugak sebaik yang aku da dapat sekarang ni. Insya Allah, mudah-mudahan dikabulkan. Panjang lebar aku menulis kan? Penat korang nak baca. Itulah kisah hidup aku. Gagal sekali, tak bermakna gagal selama-lamanya. Yang penting Usaha, Doa, & Tawakal kepada Allah.

Aku dah kehabisan idea dan tenaga nak tulis panjang lebar lagi. Ini je yang termampu.
Aku pun dah ngantok sangat ni.
~Selamat Malam u olls~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...