Lama tau tak update blog. Rindu pula nak bebel panjang-panjang. Selalu buat ayat madah, ayat pujangga, kata-kata semangat, so nak tulis panjang2 ni agak kematu sikit tangan ni. Idea pun entah ke mana. Al maklumlah dah tua. Tua ke? Usia dah nak menginjak ke 62 tahun. Eh, 26 lah. Nak ke tua sebelum usia? Tak nakkkkkkk. Haha
Okay berbalik pada tajuk kita kat atas tu ha, so rasa i olls nak share apa tu ye? Apa tu tteobokki? Tapak kaki ke? Lol. It's not about tapak kaki lah. Ia adalah sejenis makanan korea yang popular tau. Macam street food lah lebih kurang. Yang gila-gila tengok cerita korea tu, mesti tahu tu apa.
Meh nak cerita sikit apa tu tteobokki. Tteobokki adalah satu makanan tradisi korea yang berasaskan kek beras (rice cakes). Makanan ni memang popular dekat korea bahkan turut popular jugak dekat negara-negara luar. Biasa tteobokki ni dimasak manis-manis pedas dan dimakan bersama-sama fish cakes dan telur.
BAHAN-BAHAN RESIPI TTEOBOKKI:
Bahan Rice Cakes:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air ( letak sikit2 jangan lembik sangat jangan keras sangat sedang2 gitu)
1 sudu teh garam
Cara menyediakan Rice Cakes:
1. Uli tepung bersama air
2. Jadikan ia berbentuk silinder
3. Potong dalam panjang jari kelinking
4. Rebus sehingga tteokbokki timbul.
5. Angkat biarkan sejuk.
Atau beli rice cakes yang dah siap. Frozen punya. Banyak dijual dekat AEON JUSCO.
Rice cakes dia ada cop halal tapi sauce dia agak meragukan sebab cari tanda halal tak jumpa. Yang non muslim tu boleh lah guna.
4 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 cawan air
Secubit garam kasar
1 sudu gula
1 sudu cuka (optional)
4-6 sudu sos cili thai (ikut suka, kalau nak manis boleh lebih)
3 sudu cili kisar
10 biji cili kecik merah (nak pedas tambah la lagi 20😂)
fishcake/fishball/telur (pilihan di tangan anda)
Sayur kucai/sawi/carrot/kobis (pilihan di tangan anda)
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih
3. Masukkan cili blend, masak sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan sos cili thai, cili kecik yg ditumbuk sedikit, garam dan gula secukup rasa.
6. Bila kuah dah menjadi agak pekat, masukkan fishcake, fishball dan akhir sekali rice cake dan sayur.
7. Biarkan seketika dan tutup api.
8. Siap! tuang dalam mangkuk bersama telur rebus dan Ngap!