Assalamualaikum
Hari ni aku nak menaip tentang kek yang unik dan pelik seluruh negara. Tadi sebenarnya nak menaip pasal benda lain. Aku nak menaip tentang kek favourite aku iaitu kek blueberry. Tengah sibuk mencari gambar kek blueberry, tiba2, jeng3x (wat suspen plak kan), aku terjumpa beberapa kek yang sgt pelik dan unik.
Hati aku pula tergerak untuk menulis pasal kek yang agak pelik dan unik ini untuk tatapan korang dan dikongsi bersama-sama. Sharing Is Caring, Caring Is Loving. Hahaha
Aku layangkan beberapa gambar Kek Yang Unik & Pelik ini.
Agak-agak korang la kan, korang akan makan tak kek ni? Ada jugak manusia di dunia, bahan makanan dijadikan bentuk sedemikian rupa. Aku bukan setakat tak lalu nak makan, malah rasa nak muntah dan loya ada la.
Kalau la ada orang yang bagi aku kek sedemikian rupa, meh la aku nak tepek kan kek ni kak muka dia.
Menggelikan betul la.
NEXT
Bagi sesiapa yang sukakan kamera dan photography, nah inilah kek kamu.
Kek Nikon D700
Kek Louis Vuitton Handbag
Gorgeous giler beg ni. Sesuai la untuk org perempuan. Kalau aku dapat, aku tak nak makan. Sayang giler nak makan. Nak panggil Doraemon suruh dia jadikan beg ni menjadi real. Boleh bawak g jalan-jalan.
Seriously nampak macam real kan. Cantik dan kreatif sungguh pembuat kek ini. I loike. Korang hadiah kan la kek ni kepada kawan-kawan atau keluarga korang yang sgt suka menjahit. Mesti hati diaorang berbunga-bunga dan terasa dihargai bila diaorang dapat kek yang cantik macam gini
Kek Iphone 4s la.
Tak dapat yang real, dapat kek pun jadi la kan ( ayat sedih sob3x )
Jangan tertipu. Ini bukan baju Polo yang real tau. Smart kan. Hadiah kan kepada orang yang suka kan jenama Polo Agak-agak baju ni baju lelaki ke perempuan (confius jap)
Kek Pregnant
Pregnant pun boleh dijadikan ke? Mungkin kek ni untuk meraikan ibu yang tengah mengandung agaknya. Fikirkan yang positif. Mungkin si suami teruja sgt untuk menyambut kelahiran baby, so si suami tadi hadiahkan kek pregnant kepada si isteri.
Tapi kalau aku, jangan la bagi kek yang sebegini kat aku. Aku tak nak makan kek yang macam ni. Bayangkan kat bahagian perut tu di potong-potong. Masa tu pulak tengah mengandung. Seram weyh. Macam perut kita pulak yang di potong-potongnya.
Kek Air Coca-Cola
Cantik sgt kek ni. Tak perlu potong kek ni. Ambil macam tu je pastu makan. Easy right? Hebat betul kita dapat makan tin dengan begitu lazatnya.
Kek Kasut
Nice kasut ni kan. Kasut Cinderella yang tertinggal. Haha. Nak pakai leh tak? Confirm penyek kek ni terus
KROOH-KROOH~
Comelnya baby ni ye dok tido. Ada bear lg. Tido la ye, tido la sayang.
Tak sampai hati nak makan kek baby yang dok tido ni. Huhuhu
Tengok baby ni dok tido, aku pun terasa nak tido la pulak. Ngantok rasanya.
Ok bye u ALLS!!!
Thanks For Watching My Blog ya
Singgah le lagi masa akan datang
~Sekian~
No comments:
Post a Comment