Monday 28 May 2012

TEH O AIS + LAICI = ♥


Assalamualaikum u ALLs!!!

Hari ni aku teringin nak menaip lagi kat blog. Rasa da gian plak nak menulis. Korang mesti pelik kan nape aku menulis tentang Teh O ais + Laici neyh kan. Air teh o ais laici ni kan adalah antara air yang aku paling-paling suka di antara air-air yang ada di seluruh Negara.

Mungkin ada di antara korang memang tak pernah rasa air yang sebegini pelik kan. Biasanya orang akan order air kat kedai makan, air sirap laici, bandung laici, dan juga laici. Tapi setiap kali aku order kat kedai makan, aku akan order air ni. Air ni sangat-sangat sedap.

Nak tau tak sape yang memperkenalkan air yang sebegini kat aku? Air ni diperkenalkan oleh roomate aku iaitu Eqyn. Dia suruh aku cuba rasa air ni. Mula-mula aku tak nak, sebab rasa pelik. Macam mane pulak air teh boleh dicampurkan dengan laici? Aku biasanya akan minum berasingan air ni. Air Teh O atau Air Laici yang akan aku minum

Dua-dua tu air favourite aku. So, aku pun try la air ni. Sure, memang sedap habis. Dua-dua air favourite aku dicampurkan. Totally, memang jadi favourite aku berdouble la. Sampai sekarang dan selamanya akan terus jadi air yang paling aku gemari. Mungkin antara korang yang tak penah rasa air ni kan? Korang cuba try air ni. Sedap sangat. Korang boleh order kat kedai ataupun buat sendiri kat rumah. Ni aku bagi resi bagaimana nak buat air ni.

TEH O AIS + LAICI = TEH O AIS LAICI


Bahan-Bahan:
 ♥ 1 Tin jus laici / longan
 ♥ 2 Uncang teh BOH
 ♥ 4 Sudu besar gula / secukup rasa
 ♥ 1 Jag air suam
 ♥ Ketulan ais

Cara-Cara:
 ♥ Rendam uncang teh dengan air suam. Masukkan gula dan kacau bagi larut. Tapiskan ke dalam jag. Tuang jus laici ke dalamnya bersama ketulan ais. Siap untuk diminum.

Ok, u alls da salin belum? Salin cepat-cepat ye sebelum terlambat. Rasa la air ni yang sedang hangat di pasaran masa kini. Hehehe. Korang nak tahu tak minum air yang sebegini bukan sahaja sedap dan boleh menghilangkan rasa dahaga, malah menyihatkan tubuh badan kita. Jom kita cungkil apekah kelebihannya.

Kelebihan Teh:

♥ Boleh menenangkan fikiran
♥ Melangsingkan badan dan menjaga kecantikan
♥ Mengekang pertumbuhan kanser
♥ Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan
♥ Menghilangkan rasa letih & kulit kepala sihat
♥ Mencegah kerosakan gigi
♥ Memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh
♥ Mengatasi masalah katarak
♥ Meningkatkan daya pemikiran & ingatan
♥ Memelihara fungsi jantung


Kelebihan Laici:

♥ Mengurangkan risiko kanser
♥ Kandungan rendah kolestrol, sodium & lemak
♥ Mengawal berat badan
♥ Mengekalkan kesihatan
♥ Kesihatan akar rambut
♥ Memperlahankan kedutan pada kulit
♥ Menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan

Inilah kelebihan teh dan laici. Kelebihan kedua-duanya lebih kurang sama je kan. So, ape lagi korang cepat-cepat la minum air TEH O AIS LAICI ni. Korang akan mendapat manfaat dua kali ganda. Berdouble tu.

Sampai sini jelah aku menaip. Nanti kita ketemu lagi ya.
Bye u ALLs!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...