Monday, 23 January 2017

Apps Phone Malaysian Weight Loss Plan

ASSALAMUALAIKUM...

Nowadays, banyak sangat blog-blog yang share pasal TIPS KURUS, MEAL PLAN, CARA EXERCISES for those yang ketagih untuk kurus termasuklah aku. Ahaks. Berlambak-lambak tips-tips yang diaorang bagi dan share sampai boleh jadi viral satu malaysia. So, aku pun tak terkecuali lah kot untuk share tips kurus dan meal plan yang aku tahu. Sharing is caring. Selagi kita ada ilmu, kita share lah kan. Ye dak? haha.


Sekarang teknologi di hujung jari. Semua ada. Petik jari je, pappp dah ada depan mata. So, korang ada smartphone right? Tipulah zaman sekarang takda smartphone kan? Tak kisahlah korang guna ios macam iphone ke (handphone sombong) ataupun guna android macam Samsung, Huawei, Oppo, Sony, Vivo and so on (handphone peramah). Korang tetap boleh dapat maklumat dengan pantas dan efficient. Search je tips kurus, meal plan, semua maklumat dah ada da. Tapi yang aku nak share ni, semua ada dalam satu application. Meal plan ada, exercises ada, nak kira berapa berat ideal kita pun ada. Semuanya ada dalam satu apps untuk korang yang nak kurus tu ala-ala tekak malaysia punya. So install lah application MALAYSIAN WEIGHT LOSS PLAN kat phone korang tu. Yang pakai "handphone peramah" tu boleh install kat Google Play Store, yang pakai "handphone sombong" tu kat App Store.


1. Meal Plan

Kat sini semua meal plan dia akan bagi dari breakfast sampai lah makan malam. Tak susah pun nak ikut meal plan dia. Yang penting kena konsisten, barulah berat akan turun. Biar turun berat sikit-sikit, jangan tak turun langsung. 

 


    

2. Exercises

Exercise pun jangan lupa ye. Lagi cepat berat badan turun. Jangan terus buat exercise yang berat-berat dan terlalu lasak. Apps ni ada bagi level by level. Yang baru nak mula tu, pilih beginner ye. Pastu bila dah okay, baru step yang seterusnya.

    
  
3. Calculator

Haa yang ni jangan lupa kira ye. Kira berapa berat badan ideal kita, berapa kalori yang perlu kita ambil dalam sehari untuk turun berat badan, dan juga kita boleh kira BMI kat sini. Tak perlu dah nak buat kira-kira pakai formula. Masukkan je gender, umur, tinggi dan berat, pastu tadaaa dah siap kira. Tak pening kepala dahh.

    

4. Diary
     
Kat sini boleh lah tulis diary dan progress penurunan berat badan kita. Jangan tak tulis. Jangan ke laut sudah plan nak diet tu.

    


                                                                                                                                                  

Okay, good luck ye!!
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 18 January 2017

Bercuti di Cameron Highlands

ALHAMDULILLAH..

Setelah lamanya tidak berblog, akhirnya dapat jugak berblog di sini kembali. Bukannya tak nak buat entry yang baru, tapi terlupa email dan password. Jenuh jugak lah nak ingatkan balik password dengan email tu haa. Geli hati pun ada, sedih pun ada, nak marah pun ada bila dah dapat balik blog ni tau. Sebab apa? Sebab apa itu, biarlah rahsiaaaaaa (nyanyi lagu siti sikit). Okay, lupakan seketika pasal blog ni, yang penting aku dah dapat kembali blog kesayangan aku ni. 5 tahun tau tak dapat nak bukak since 2011 lagi.

So, entry kali ni nak cerita pasal ape pulak ni weyh? Ala, tengok tajuk dah tahu da kan kan kan? Sebenarnya, dah lama da pergi bercuti ni. Taklah lama sangat, sebulan yang lalu. Tahun lepas, akhir bulan 12 aku pergi dengan family. Best tau. Best sebab dah lama tak pergi bercuti weyh. Rasanya adalah 3-4 tahun macam tu kot. Kalau pergi jauh2 pun sebab ada kenduri kahwin jek. So, sad. Sebenarnya pergi ni tak di rancang pun. Tipulah kalau tak dirancang, i mean tak dirancang sungguh-sungguh lah, macam ye tak ye je nak pergi. Yang tak dirancang tulah, yang menjadi sebenarnya.


Bercuti tak lama pun, pergi hari jumaat, balik hari sabtu. Kira one day je lah. Okaylah daripada takda kan. So, pergilah naik satu van besar kiranya macam van persiaran lah kan. Ni kali kedua pergi Cameron. Dulu pergi masa tu tahun 2011 lah kalau tak silap. Masa tu stay dekat Brinchang. Perghh dia punyaa sejuk lain macam. Betul2 sejuk kaw-kaw punya. Apartment pun bukan main tinggi lagi. Masa tu bawak kereta myvi, dah lah manual pulak tu, boleh pulak time tengah naik bukit tu, jem dekat tengah-tengah alam. Perghh dia punya mengaum dan berasap kereta masa tu. Kalau aku yang bawak masa tu, mau menggigil aku. Bukit tu tinggi giler dan sangat2 curam. Depan belakang ada kereta. Nasib baik abah memang cekap.

Sebelum berangkat ke Cameron Highlands

Kali ni tak pergi lagi Brinchang sebab tak tahan dengan sejuk kat sana. Aku pergi kat tanah rata. Situ pun dekat dengan pekan. Tempat makan pun banyak lah jugak. Kitaorang punya lah gigih bawak periuk kuali belanga sudip semua sebab ingatkan nak masak dekat sana, last2 kat sana banyak giler tempat makan. Apartment pun barang-barang memang complete semua. Memang best. Pinggan mangkuk, kuali, sudu, tempat masak air pun ada. Toto pun tak payah bawak. Dia sediakan banyak toto dengan selimut. Nasib baik tak bawak. Fuhh.

Greenhill Apartment Cameron Highlands, Tanah Rata

So, lepas dah rehatkan badan, kitaorang nak keluar semula. Nak pergi pasar malam Brinchang dengan Cameron Valley. Dulu pergi pasar malam brinchang dengan tempat shopping je. Kali ni pergi Cameron Valley dengan Lavender Garden. Lavender garden pergi pada keesokan harinya. First time turun kat Cameron Valley tu punyalah takut dan gayat. Takut jatuh lah kekononnya. Orang lain rilek je, aku je yang risau semacam. Mesti diaorang pelik tengok aku. Kata nak pergi buat aktiviti lasak tempat yang tinggi-tinggi, ni turun kat situ pun dah takut. Apedaaaa. Hati kecik beb.

Makan strawberry dulu. Nama tempat lupa. huhu

Memang cantik kat Cameron Valley ni. Sejuk je mata tengok. Lepas dah amik gambar puas-puas, nak pergi pasar malam Brinchang pulak. Elok2 tak sejuk, sampai kat sana terus sejuk. Dah la lupa bawak sweater. Mengokol-ngokol lah aku dalam kesejukan. (Mengokol tu maksudnya menggigil, for those yang tak tahu lah meaning dia. haha). Dalam sejuk-sejuk tu, aku pun shoppinglah baju, coklat, kaktus, makanan, teddy bear dan byk lah lagi. Kalau bab-bab shopping ni bagi je aku. Memang handal.

Cameron Valley
Sangat curam
With my enemy
Posing jap

Pastu keesokan harinya, berangkatlah pulang. Pergi pulak dekat Lavender Garden. Cantik weyh. Entry fee dia, dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Kat sini amik gambar banyak-banyak. Yang jadi mangsa adik aku. Aku paksa dia amik gambar aku. Kalau dia tak nak amik pun, aku paksa dia jugak. Haha jahat giler. Orang memang ramai, tak payah cite lah. Nak amik gambar pun tak senang. Kejap-kejap kena tunggu orang lalu. Erghh bosan. Kat sini ada apa? Ada bunga lavender yang cantik, pastu ada patung panda. Comel. Bila tengok panda, teringat kat kawan aku. Selalu panggil dia panda. Sebab dia asyik tido je. Mata pun macam panda dah.

Lavender Garden

Lepas dah keluar dari situ, pergi tempat terakhir untuk di shopping. Kat sini banyak beli buah strawberry dengan buah jambu jeruk yang warna-warni tu. Yang ada warna merah, ada warna hijau tu. Memang penuh dengan pengawet. Kalau yang tak tahan, jangan makan. Nanti batuk dan sakit tekak.

Ole-ole yang sempat di grab.

Pastu, kitaorang pun beransur lah gerak balik ke rumah. Tapi yang paling kelakarnya dalam perjalanan nak balik tu, aku loya semacam sampai muntah-muntah. Masa nak pergi, elok je even jalan memang teruk penuh dengan bengkang-bengkok. Rupanya, aku terminum susu lembu yang fresh tu masa tengah shopping tu. haha padan muka. Padanlah muntah-muntah. Lain kali kalau nak pergi bercuti kena lalu jalan yang tak berapa nak lurus tu, janganlah minum susu. Tak memasal je muntah-muntah. Okaylah setakat ni je. malas nak taip panjang-panjang. Nak tengok cerita korea kejap lagi. BYE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...