Showing posts with label Malaysian Weight Loss Plan. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Weight Loss Plan. Show all posts

Wednesday, 22 March 2017

Tips Kurus From 117 kg to 79 kg (lost 38 kg)

Assalamualaikum..

Wow! Tengok tajuk pun dah eksaited kan. Harini saje je, bukan harini ye, sebenarnya dah berbulan-bulan nak share tips untuk korang yang nak sangat kurus tu tapi tak berkesampaian. Asyik-asyik dengan azam tahun baru yang asyik bawak dari tahun lepas, bawak ke tahun ni, bawak ke tahun depan dan akhirnya bawak tahun yang seterusnya. Penat dah bawak badan yang berat, asyik kena hina dan sindir sana sini kan? Betul tak? Admit je lah!

Jangan malu-malu dengan kita. Kita sama je. Pernah kena hina teruk kaw-kaw punya. Pastu badan asyik-asyik letih je sebab berat dah terlampau sangat. Mengah tu
toksah cerita lah kalau naik tangga. Tu yang berazam nak kurus tu.
Start journey pada tahun 2015 dan sampai lah sekarang tahun 2017.


Nak turun tu senang, nak maintain tu yang payah. Kadang-kadang ternaik pulak berat badan sebab nak kawal nafsu makan tu memang payah. Jiwa kena kental beb ! Nak-nak pulak sekarang banyak makanan yang sedap-sedap, pastu adalah makhluk halus yang sering menghasut suruh makan banyak sikit sebab dah terlampau kurus katanya. Belum cukup kurus lagi lah ! huhuhu

So, pada you alls yang nak follow tips yang kita bagi tu, boleh lah follow ye.
FREE JE TAK KENA BAYAR PUN !

1. Kurangkan gula

Kalau boleh tinggalkan terus makanan dan minuman yang manis sebab gula ada kalori yang sangat tinggi. Even air sirap pun tinggi kalori lebih kurang sama macam semangkuk nasi kalau terlebih gula yang diambil. Buah pun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. ( sebab tu kena pilih buah yang hijau2 je kalau nak makan. Contohnya: epal hijau, pear hijau dan belimbing. 
    
2. Kurangkan garam

Fast food, kicap, sos, serbuk atau perencah makanan yang tinggi garam. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan sebab bila garam berlebihan dalam badan, badan akan simpan lebih banyak air. Tu yg buatkan badan jadi lebih berat.

3. Kurangkan karbohidrat

Nasi boleh makan tapi hanya segenggam sekali sehari. Bihun, mee, kuetiaw dan roti mempunyai karbohidrat yang tinggi berbanding nasi. Kalau nasi dari beras macam beras perang atau beras taj mahal lagi okay. Lagi cepat turun. Dulu makan dua pinggan nasi, bila dah terbiasa, segenggam pun dah takda masalah. Kenyang je.

4. Lebihkan protein

Contoh ikan, daging, ayam, tempe, tauhu, ikan bilis, telur, udang dan kerang.  Sotong sangat tinggi karbohidrat ye. So, kalau boleh elakkan atau makan kadar yang sedikit sahaja.

5. Lebihkan sayur-sayuran

Makan lebih sayur-sayuran untuk penghadaman yang lebih baik. Tak kisah lah sayur ape pun tapi elakkan kentang. Kentang memang kategori sayur kan? Tapi dia di kategorikan sebagai karbohidrat. So, kalau ada kentang, jangan makan nasi. Kalau dah ada nasi, jangan makan kentang, okay?

6. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak dan bersantan

Kalau boleh gantikan dengan rebus, steam, bakar atau panggang. Elakkan makan makanan yang bergoreng dan terendam dalam minyak yang banyak. Contohnya, ayam goreng, pisang goreng dan cekodok. Bila terendam, kadar serapan minyak pada makanan sangat tinggi. Boleh juga makan kari atau masak lemak, tapi jangan ambil kuah yang terlalu banyak atau banjirkan kuah banyak2 atas nasi.

7. Minum air mineral/air kosong banyak (3-4 liter sehari)

Kalau boleh air mineral 1 liter je sehari. Yang lain air kosong. Tak elok kalau terlebih mineral dlm badan. Bila terasa lapar je minum air, kalau still lapar lagi, baru amik makanan atau snack. Ikut nisbah 25 kg berat badan, sama dengan 1 liter. Kalau berat 100 kg, kena ambil 4 liter air.

8. Tidur cukup dan elakkan stress

Tidur awal dan bangun awal. Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam. Elakkan stress dalam pekerjaan ataupun masa study. Bila stress, akan ada satu hormon tu akan meningkat, so dia akan buatkan kita makan dengan lebih banyak tanpa kita sedar.

9. Jangan skip breakfast

Breakfast paling penting. Bila kita skip breakfast, kita akan makan banyak waktu lunch.

10. Makan ikut waktu yang betul:

i) breakfast ( 7-9 pagi)
ii) snack pagi ( 10 pagi)
iii) lunch (12-2 petang)
iv) snack petang ( 4 petang)
v) dinner (6-8 malam)
Snack contoh: kekacang, buah pisang, buah epal, biskut oatkrunch, biskut belvita, greek yogurt

11. Makan kerap tapi portion yang kecil

5-6 kali sehari. Supaya dapat kekalkan metabolisme yang tinggi. Bila metabolisme tinggi, badan boleh bakar lemak dengan kadar yang pantas.

12) Konsisten dan jangan give up

Yang penting konsisten. Kena berterusan. Kadang2 berat tak turun, tapi inci akan berkurang. Depends pada badan. Jangan timbang berat setiap hari. Sebulan sekali pun takpe.

OKAY, GOOD LUCK YE !!!
USAHA TANGGA KEJAYAAN

Monday, 23 January 2017

Apps Phone Malaysian Weight Loss Plan

ASSALAMUALAIKUM...

Nowadays, banyak sangat blog-blog yang share pasal TIPS KURUS, MEAL PLAN, CARA EXERCISES for those yang ketagih untuk kurus termasuklah aku. Ahaks. Berlambak-lambak tips-tips yang diaorang bagi dan share sampai boleh jadi viral satu malaysia. So, aku pun tak terkecuali lah kot untuk share tips kurus dan meal plan yang aku tahu. Sharing is caring. Selagi kita ada ilmu, kita share lah kan. Ye dak? haha.


Sekarang teknologi di hujung jari. Semua ada. Petik jari je, pappp dah ada depan mata. So, korang ada smartphone right? Tipulah zaman sekarang takda smartphone kan? Tak kisahlah korang guna ios macam iphone ke (handphone sombong) ataupun guna android macam Samsung, Huawei, Oppo, Sony, Vivo and so on (handphone peramah). Korang tetap boleh dapat maklumat dengan pantas dan efficient. Search je tips kurus, meal plan, semua maklumat dah ada da. Tapi yang aku nak share ni, semua ada dalam satu application. Meal plan ada, exercises ada, nak kira berapa berat ideal kita pun ada. Semuanya ada dalam satu apps untuk korang yang nak kurus tu ala-ala tekak malaysia punya. So install lah application MALAYSIAN WEIGHT LOSS PLAN kat phone korang tu. Yang pakai "handphone peramah" tu boleh install kat Google Play Store, yang pakai "handphone sombong" tu kat App Store.


1. Meal Plan

Kat sini semua meal plan dia akan bagi dari breakfast sampai lah makan malam. Tak susah pun nak ikut meal plan dia. Yang penting kena konsisten, barulah berat akan turun. Biar turun berat sikit-sikit, jangan tak turun langsung. 

 


    

2. Exercises

Exercise pun jangan lupa ye. Lagi cepat berat badan turun. Jangan terus buat exercise yang berat-berat dan terlalu lasak. Apps ni ada bagi level by level. Yang baru nak mula tu, pilih beginner ye. Pastu bila dah okay, baru step yang seterusnya.

    
  
3. Calculator

Haa yang ni jangan lupa kira ye. Kira berapa berat badan ideal kita, berapa kalori yang perlu kita ambil dalam sehari untuk turun berat badan, dan juga kita boleh kira BMI kat sini. Tak perlu dah nak buat kira-kira pakai formula. Masukkan je gender, umur, tinggi dan berat, pastu tadaaa dah siap kira. Tak pening kepala dahh.

    

4. Diary
     
Kat sini boleh lah tulis diary dan progress penurunan berat badan kita. Jangan tak tulis. Jangan ke laut sudah plan nak diet tu.

    


                                                                                                                                                  

Okay, good luck ye!!
SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...